Info

Tone plus adalah SIM KAD prabayar dari produk Tune Talk yang boleh menjana “PENDAPATAN” kepada penggunanya. Selain itu, simkad Tone Plus juga mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada perkhidmatan prabayar yang lain.

Tone Plus Tune Talk mengunakan perkhidmatan line Celcom, ini bermakna di mana ada Celcom di situ juga ada line Tune Talk.

Tune Talk sebenarnya dimiliki oleh syarikat induk Tune Group di mana di bawahnya ada Tune Insurance, AirAsia, Tune Hotel, Tune Money, & Tune Talk.

Tune Talk beroperasi selaku Mobile Virtual Network Operator (MVNO) yang menggunakan rangkaian prasarana luas yang dimiliki oleh Celcom (Malaysia) Berhad. Perjanjian kerjasama Tune Talk dan CELCOM dibuat pada Disember 2008.


Kelebihan Menggunakan Simkad Tone Plus 

Kepada mereka yang bertukar kepada Simkad Tone Plus, terdapat beberapa kelebihan lumayan yang akan diperolehi.


Bila Daftar Jadi Ahli Baru Tone Plus

Bila sahaja anda menyertai perniagaan Tone Plus ini, secara automatik anda akan menerima beberapa kelebihan seperti berikut :
  • Dapat simkad TONEPLUS.
  • Dapat kredit RM30
  • Dapat percuma 1gb high-speed internet (untuk penggunaan sebulan) bernilai RM38.
  • Dapat 70 big points (untuk tukar kepada barangan, tiket kapal terbang dan wayang,dll)
  • Anda boleh mula promosikan kepada kawan-kawan, ahli keluarga dan sesiapa sahaja untuk menerima komisyen dan bonus.


Tone Plus Bukan Perniagaan Topup..?

Tone Plus bukan merupakan perniagaan menjual topup atau kredit kepada ahli yang berdaftar. Jika anda menjual topup kepada pelanggan anda, pelanggan yang sama belum tentu akan datang kepada anda semula untuk membeli topup pada bulan berikutnya.

Tetapi jika anda menjual Simkad Tone Plus kepada mereka, di mana pun mereka topup, anda akan menerima nilai komisyen yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 13 % secara berterusan tanpa perlu anda menjual topup kepada mereka.

Oleh itu, semakin ramai ahli berdaftar di bawah rangkaian anda maka semakin meningkat jumlah pendapatan setiap bulan yang anda akan terima. Gambarajah di bawah menunjukkan potensi pendapatan pasif yang anda terima mengikut jumlah ahli dalam kumpulan anda.



Kongsep Program Tone Plus

Untuk menyertai program ini, anda perlu membeli 1 Sim Kad Tone Plus pada harga RM98.58 (termasuk GST)/keping. Kepada anda yang mendaftar dengan Genius Tone Plus akan diberikan diskaun dan harga baru hanya RM95.00.

Setelah anda menjadi ahli, harga Sim Kad untuk setiap pembelian seterusnya adalah RM74.58/keping.

3 rakan pertama yang ditaja, anda hanya menerima komisyen 3% dari hasil Top Up mereka.

Setelah anda menaja rakan ke 4, akaun anda akan di Naikkan Taraf untuk menerima komisyen 13% dari hasil Top Up oleh kesemua empat tajaan anda. Selama-lamanya!

Setelah itu, anda juga akan menerima komisyen 13% dari setiap hasil Top Up oleh mereka yang anda taja seterusnya (akan datang) iaitu selepas ahli ke 4 tersebut tanpa had!


Auto Network Reverse 2-Up

Tone Plus menggunakan "Sistem Reverse 2-Up" di dalam plan marketing nya. Pelan yang mudah dan mampu menjana pendapatan pasif yang luarbiasa lumayan.

Konsep asas sistem “Reverse 2-Up” memerlukan anda UPGRADE kan 4 orang pengguna baru sahaja dan 2 orang daripada mereka akan dikongsi dengan penaja (upline) anda. Seterusnya, anda akan dibayar komisyen topup mereka 13% secara INFINITI untuk semua rangkaian anda.

Untuk lebih mudah faham, lihat Gambar Rajah di bawah.



Apabila anda UPGRADE kan pengguna baru 1st (A), 2nd (B) & 3rd (C) anda hanya di bayar 3% dari nilai topup mereka. Apabila anda UPGRADE kan sahaja pengguna baru ke 4th (D), secara automatik semua komisyen topup akan bertukar kepada 13% untuk A, B, C & D (akaun MATANG).

Apabila cukup sahaja 4 orang, Sistem Reverse 2 up akan terjadi. Sistem akan memilih secara RANDOM 2 dari 4 orang downline untuk di pass-up kepada upline anda. Contohnya, A & B telah dipilih oleh sistem untuk di pass-up kepada upline. Walaupun A & B di pass-up kepada upline, setiap kali mereka topup, upline dapat 13% anda juga dapat 13%. 

Proses Reverse 2 Up hanya berlaku sekali sahaja bagi setiap ahli. 


Terma dan Syarat Penting
  1. Setiap pengguna mesti merujuk 4 orang pengguna baru untuk layak menikmati Komisyen 13% infiniti dan Bonus tahunan.
     
  2. Bagi 2 orang Pengguna baru yang telah dikongsikan dengan penaja, nilai komisyen anda adalah 13% dari nilai Top Up mereka.
     
  3. Bonus Tahun Baru dibayar seperti berikut:

    a) Daftarkan 1 pengguna baru dalam sebulan - Nikmati Bonus 5% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.

    b) Daftarkan 2 pengguna baru dalam sebulan - Nikmati Bonus 10% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.

    c) Daftarkan 5 pengguna baru dalam sebulan - Nikmati Bonus 15% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.

    d) Daftarkan 10 pengguna baru dalam sebulan - Nikmati Bonus 20% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.
     
  4. Untuk layak Komisyen dan Bonus, nilai penyelenggaraan (maintain) Top Up bulanan adalah RM30 setiap bulan.
     
  5. Anda boleh menaja pengguna baru TANPA HAD bilangan selepas anda menaja 4 orang pengguna pertama.
     
  6. Komisyen dibayar pada 25hb setiap bulan. Ia tertakluk kepada nilai minima RM30 sebelum dimasukkan terus ke akaun bank anda.
     
  7. Syarat KRITIKAL :

    A. Anda akan HILANG KOMISYEN DAN BONUS pada sesuatu bulan sekiranya tidak Top Up sekurang-kurangnya RM30 untuk bulan tersebut.
      
    B. Anda akan hilang ‘Pengguna baru yang dikongsikan’ kepada anda sekiranya tidak merujuk 4 orang dalam masa 30 hari. Pengguna baru tersebut akan terus dihantar kepada Penaja.

    C. Sim Kad Pengguna Luput – Jika sim kad Tone Plus pengguna luput dan tidak boleh digunakan lagi, pengguna akan secara otomatik terkeluar dari program ini. Anda perlu membeli semula sim kad Tone Plus dan memulakan akaun yang baru.
     
Syarat Penyertaan :

A. Berumur 12 tahun keatas.
B. Mempunyai Kad Pengenalan atau Pasport (Bukan Warganegara).
C. Mempunyai akaun bank di Malaysia




APA TUNGGU LAGI..!!
JADILAH YANG TERAWAL MENYERTAI KAMI..
UNTUK PENDAPATAN YANG BERTERUSAN
TANPA HAD.

HANYA RM95.00